Bukan Sekadar Buku
Acara

Bengkel Penulisan Kreatif BHEUU, JPM

By

Published 2025-05-03 18:21:53

BENGKEL PENULISAN KREATIF 2025 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI (BHEUU, JPM)

Bersempena dengan ulang tahun BHEUU yang ke-30 pada bulan Mei 2025, sebuah naskhah berkaitan BHEUU dicadang diterbitkan bagi memaknakan sambutan ulang tahun ini. Penerbitan naskhah ini akan menjadi satu usaha kolektif dan tangible daripada seluruh warga BHEUU bersempena milestone yang signifikan ini. 

Bagi merealisasikan perkara ini, satu Bengkel Penulisan Kreatif BHEUU telah diadakan di Villea Morib, Banting, Selangor pada 20-22 Februari 2025. Bengkel yang dianjurkan ini terbuka kepada semua warga BHEUU bertujuan untuk membantu peserta yang berminat untuk mengasah bakat penulisan serta memperbaiki teknik, gaya dan struktur penceritaan. Antara panel penceramah bagi bengkel ini adalah YBhg. Bridg. Jen. Dato’ Dr Mohd Radzi bin Abdul Hamid daripada Pena Celoreng Publisher dan Tuan SM Zakir serta Syahida Hassan Enterprise yang merupakan pengurus bengkel ini. YBhg. Datuk Zamri Misman, Ketua Pengarah BHEUU turut meluangkan masa bersama peserta dan menitip kata semangat dan inspirasi untuk menghasilkan karya. 

Melalui bengkel ini, peserta didedahkan kepada aspek asas penulisan cerpen, pengolahan idea penulisan, penyusunan watak dan perwatakan malah peserta juga berkesempatan mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari sebagai aktiviti interaktif bengkel. Bagi sesi terakhir bengkel, peserta diberikan tugasan individu untuk merangka plot dalam penulisan cerpen yang akan diterbitkan kelak. Cerpen-cerpen yang dihasilkan akan berkisar kepada pengalaman peserta selama bertugas di BHEUU.